Cari Blog Ini

Rabu, 13 Oktober 2010



Sebelum tidur kita selalu berpesan kepada Allah SWT agar Dia kejutkan kita untuk bangun malam bagi mengerjakan solat Tahajjud. Jika kita terlumpa untuk kunci jam, maka Allah SWT pasti akan kejutkan kita dengan pelbagai cara. 
Cerita kawan penulis...Pernah sekali sebelum ini Allah SWT telah mengutuskan seorang lelaki berjubah puteh datang ke tempat tidur dia lalu dia memberi salam dan menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan dia, dia  membalas salamnya dan menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya...tetapi sebaik sahaja dia menghulurkan tangan ,maka lelaki tersebut ghaib dan hanya tangan dia terjulur. Pada pagi ini lebih kurang jam 4.20 pagi perkara yang sama berulang lagi dalam hidup kawan penulis..Alhamdulillah




Surah Al-Haj :ayat18.
Tidakkah Engkau mengetahui Bahawa Segala Yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? dan banyak pula (di antara manusia) Yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa Yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun Yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa Yang dirancangkanNya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan